Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (SPACE UTM) telah membuka permohonan kemasukan ke Program Diploma (Pengajian Sepenuh Masa) dan Program Diploma (Pengajian Separuh Masa) bagi pengambilan November 2020.

Maklumat lanjut berkaitan:
– Program Diploma (Pengajian Sepenuh Masa), sila layari laman web: http://space.utm.my/diploma/
– Program Diploma (Pengajian Separuh Masa), sila layari laman web: http://space.utm.my/diploma-study/

Permohonan kemasukan hendaklah dibuat secara atas talian menerusi laman web: http://space.utm.my/admission/apply-now/ sehingga 15 November 2020.

Bersama ini disertakan poster yang berkaitan di ruang lampiran, seperti berikut:
1. Poster Program Diploma (Pengajian Sepenuh Masa) bagi pengambilan November 2020
2. Poster Program Diploma (Pengajian Separuh Masa) bagi pengambilan November 2020
3. Poster Skim Pelajar Cari Pelajar
4. Borang Pendaftaran Skim Pelajar Cari Pelajar