Dimaklumkan bahawa pihak UTMSPACE telah bersetuju untuk memberi bantuan pelan data kepada pelajar Diploma Sepenuh Masa UTM yang memohon & berkelayakan.

Pelan pascabayar Celcom e-Learning 30 yang diterima oleh pelajar ditawarkan dengan 3G dan 4G/LTE kelajuan internet. Pelajar akan mendapat akses tanpa had ke laman web perpustakaan UTM, portal my.utm.my serta 6 aplikasi terpilih iaitu Microsoft Teams, Zoom Meeting, Skype, Google Meet, CISCO Webex dan Blackboard. Selain itu, para pelajar juga akan menikmati 10GB kuota data bulanan yang boleh digunakan untuk melayari media sosial seperti YouTube, Facebook, WhatsApp, Telegram dan WeChat.

Pelajar yang berkelayakan akan mendapat kemudahan ini bermula 9 Jan 2021 sehingga 9 April 2021 (hari terakhir peperiksaan semester semasa). Permohonan boleh di lakukan di pautan berikut https://forms.gle/aXdn1eSYzcjm9NWH9