Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

TAHNIAH kepada semua pelajar kerana telah menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia. Untuk makluman semua pelajar yang telah tamat pengajian dikehendaki mengisi Kaji Selidik Pengesanan Graduan dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kaji selidik ini adakah pra-syarat untuk menuntut sijil akademik dan menghadiri konvokesyen pada 2021 nanti.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua pelajar untuk melengkapkan kajian pengesanan graduan selewat-lewatnya pada 15 Januari 2020. Berikut adalah langkah-langkah untuk akses ke SKPG I;

1) Layari laman rasmi SKPG I di http://graduan.mohe.gov.my/

2) Seterusnya, sila klik butang Log Masuk.

3) Di ruang log masuk, sila lengkapkan maklumat seperti contoh berikut;

No. Kad Pengenalan / Passport :
Nama Institusi : Universiti Teknologi Malaysia

4) Jawab semua soalan pada kaji selidik

5) Klik Hantar