Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana tuan/puan maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh dikekalkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator nilai ambang utama dicapai. Ketiga-tiga indikator nilai ambang tersebut ialah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di ICU pada paras sederhana serta kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10%. Susulan pengumuman tersebut, dimaklumkan bahawa tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 8 Jun 2021, 7 Julai 2021 dan 6 Ogos 2021 dilanjutkan sehingga 14 September 2021. Penghantaran dokumen tersebut boleh dibuat ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

Sekian, terima kasih.