Untuk makluman, Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) telah mengisytiharkan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sesi 2021/2022 yang akan diadakan pada 19 Januari 2022 (Rabu). Penjualan dan Penghantaran Borang Calon telah diadakan pada 7 Januari 2022 (Jumaat) hingga 10 Januari 2022 (Isnin) bermula pada 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari.
Walaubagaimanapun, pihak JPMPP telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh Pembelian Borang ke 11 Januari 2022 pada jam 12 tengahari, manakala bagi Penghantaran Borang pula dilanjutkan ke 11 Januari 2022 pada jam 11.59 malam. Jumlah kerusi yang ditetapkan untuk dipertandingkan mengikut pecahan seperti dilampirkan di dalam Lampiran 1.
Oleh hal demikian, diharapkan agar pihak Tuan/Puan dapat memainkan peranan penting
untuk mendaftarkan diri sebagai calon. Kerjasama dan komitmen daripada pihak Tuan/Puan adakah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Segala pertanyaan boleh menghubungi Unit Hal Ehwal Pelajar SPACE, En Abdul Rashid bin Zailan ditalian 013-2777214 atau emel ke hepspace@utmspace.edu.my
Sekian, terima kasih.