Untuk makluman, minggu Penilaian Pengajaran Pensyarah Secara Elektronik (e-PPP) bagi Semester II, Sesi 2021/2022 bermula pada 5 Mac 2022 sehingga 15 April 2022. Sehubungan dengan itu, mohon pelajar membuat penilaian pensyarah dalam tarikh tersebut. Bersama ini disertakan notis pemakluman dan panduan untuk makluman dan rujukan.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.