Assalamualaikum w.b.t/Salam Sejahtera,

MAKLUMAN SURAT SENAT KEPADA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-66

Untuk makluman semua graduan, surat pengesahan senat telah diemelkan kepada semua pelajar yang layak bergraduan. Sila membuat semakan pada folder lain seperti SpamJunk atau lain-lain.

Bagi graduan yang masih mempunyai hutang universiti, emel peringatan pembayaran tunggakan akan dihantar melalui emel dan surat pengesahan senat akan diberikan selepas selesai pembayaran dibuat.

Untuk makluman juga, sebarang pemakluman terkini akan dikemaskini di dalam Portal Pelajar Pusat Pengajian Diploma ( https://studentdiploma.utmspace.edu.my/ )

Sumber : Bahagian Pengurusan Akademik, SPACE Universiti Teknologi Malaysia