Untuk makluman saudara/i, Majlis Konvokesyen UTM Ke-66 akan diadakan pada 19 hingga 23 November 2022. Sehubungan dengan itu, Unit Konvokesyen UTM Johor Bahru telah emailkan jemputan ke Majlis Konvokesyen bagi Graduan Semester berikut:
- Graduan Semester I, Sesi 2021/2022
- Graduan Semester II, Sesi 2021/2022
Saudara/i diminta untuk menyemak email masing-masing dan memberi maklum balas dengan membuat pengesahan kehadiran mengikut langkah-langkah yang disediakan oleh Unit Konvokesyen melalui website: http://ekonvo.utm.my. Sebarang pertanyaan, saudara/i boleh hubungan person incharge program masing-masing. Perhatian dan kerjasama yang diberikan diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.