Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran, SPACE UTM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan mengadakan Program Sesi Santai Pelajar dan Alumni 2023. Sehubungan dengan itu, pihak BPSP akan membuka kaunter Sumber Pembelajaran seperti maklumat berikut:
       

Tarikh   : 21 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa     : 10.00am – 4.00pm        
Tempat : Foyer Dewan Seminar Aras 2, Residensi UTMKL3.     

Sehubungan dengan itu, dijemput semua pelajar yang berkelapangan ke booth kami untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan perpustakaan. Cenderahati disediakan bagi pelajar yang menyertai aktiviti kuiz di booth kami. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Aznita Hazlina binti Mansor di talian 017- 4479068 atau emel aznita@utmspace.edu.my.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.