Dimaklumkan bahawa, Bahagian Pemasaran & Perhubungan Pelanggan UTMSPACE dengan kerjasama Pusat & Bahagian yang terlibat akan mengadakan Karnival Pendidikan SPACE UTM 2024 bagi Program Asasi UTM & Diploma UTM, Ambilan Julai 2024 dan Sarjana Muda UTM, Ambilan September 2024 . Butiran adalahseperti ketetapan berikut :
Tarikh: 09 Jun 2024 (Ahad) – 10 Jun 2024 (Isnin)
Masa: 9.00 Pagi – 4.00 Petang
Tempat: Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur
Untuk makluman, Karnival Pendidikan SPACE UTM (SPACE UTM Edu Fair) merupakan aktiviti menggabungkan 3 aktiviti dalam 1 program iaitu Hari Pendaftaran Terbuka, Hari Bertemu Pelanggan dan Pameran Pendidikan yang melibatkan produk akademik SPACE UTM/ UTMSPACE, rakan kerjasama/smart partner dan agensi-agensi luar yang berkaitan. Nantikan juga kemunculan penampilan istimewa Alif Satar & The Locos di kampus UTM Kuala Lumpur pada 09 Jun 2024 (Ahad).




