Sukacita dimaklumkanSekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (SPACE UTM) akan mengadakan program “Sesi Taklimat Laluan Pengajian ke Program Sarjana Muda UTM Sepenuh Masa (UTM-IDP)”, seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 15 April 2025 (Selasa)
Masa : 12.00 Tengah Hari hingga 2.00 Petang
Tempat : Bilik Seminar 1 & 2, MJIIT Kuala Lumpur
Objektif program ini adalah untuk memberi penerangan dan mempromosikan Program Sarjana Muda UTM Sepenuh Masa (UTM-IDP) kepada prospek yang berminat, khususnya pelajar program Asasi dan Diploma UTM.
Mohon bantuan hebahan kepada yang berminat menghadiri sesi ini untuk melengkapkan google form yang yang telah disediakan di pautan berikut :https://forms.gle/jvbjQtGcVugQuXZ66
Sehubungan itu, Bahagian Pemasaran & Perhubungan Pelanggan (BPPP), UTMSPACE ingin menjemput semua Pelajar Diploma untuk menghadiri ke Taklimat ini pada masa dan tarikh yang dinyatakan. Harap Maklum.
