Permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi UTM, Diploma UTM dan Sarjana Muda UTM telah dibuka. Sehubungan dengan itu, Sekolah Pendidikan Profesional Dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM akan membuka “kemasukan pelajar secara besar-besaran” ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi penganjuran SPACE UTM Edu Fair 2025 dan Open Registration Day seperti butiran pada poster tersebut. Justeru, kami amat mengalu-alukan hebahan secara meluas kepada para kenalan agar lebih ramai masyarakat dapat meraih manfaat peluang peningkatan taraf pendidikan di UTM. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi kami menerusi talian 07-5318000 (Hotline) / 019-7776690 (WhatsApp) atau space@utm.my (Emel). Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai serta disusuli dengan ucapan terima kasih