Sukacita dimaklumkan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (SPACE UTM) akan mengadakan program “Sesi Taklimat Laluan Pengajian ke Program Sarjana Muda UTM Sepenuh Masa”, seperti ketetapan berikut:

Penyampai :
1) Encik Faizul Azli bin Abdul Ridzab @ Hassan (Pengurus Besar, Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM)
2) Puan Norimaliza binti Mamat (Pengurus, Pusat Pengajian Diploma, SPACE UTM)

Tarikh : 21 Februari 2026 (Sabtu)
Masa : 2.30 Petang *(Webex dibuka bermula 2.00 petang untuk persediaan dan akan tutup pada 5.00 petang untuk ruang sesi soal jawab)
Secara Dalam Talian (webex) : https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=m798f0406a95c97da5de50bc5c4152fee

Objektif program ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan laluan pengajian ke Program Sarjana Muda UTM Sepenuh Masa kepada prospek yang berkaitan, khususnya pelajar program Asasi dan Diploma UTM. Pelajar adalah dijemput hadir sama bagi sesi taklimat ini.